JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPenyelenggaraan Vesel Penangkapan Ikan [C331-011-3:2019]
Kod CUC331-011-3:2019-C03
CompetencyCore
Tajuk CUPENYELENG-GARAAN SISTEM KEMUDI VESEL PENANGKAPAN IKAN
Penerangan CUPenyelenggaraan Sistem Kemudi Vesel Penangkapan Ikan ialah kompetensi dalam menyelenggara sistem kemudi vesel. Sistem kemudi merupakan alat vesel yang digunakan untuk mengubah dan menentukan arah gerak vesel sama ada vesel dalam posisi kanan atau kiri.
Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh mengenalpasti keperluan penyelenggaraan kemudi vesel, menyelengara sistem kemudi jenis manual, menyelengara sistem kemudi jenis hidraulik dan menyedia laporan penyelenggaran kemudi.
Hasilan CU ini adalah kebolehupayaan personel melaksanakan tugas-tugas menyelenggara sistem kemudi vesel mengikut peraturan dan prosedur kerja seperti panduan pengilang.
Tempoh Latihan200
Objektif PembelajaranHasil kompetensi unit ini adalah kebolehupayaan untuk menyelenggara sistem kemudi vesel berdasarkan tatacara menyelenggara sistem kemudi vesel dan memastikan sistem kemudi vesel berfungsi dengan baik.
Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Kenalpasti keperluan penyelenggaraan kemudi vesel.
2. Selenggara sistem kemudi jenis manual.
3. Selenggara sistem kemudi jenis hidraulik.
4. Sedia laporan penyelenggaran kemudi.
Pra-Syarat0