Job Description (JD)
Nama Program | Penyelenggaraan Vesel Penangkapan Ikan [C331-011-3:2019] |
---|---|
Kod CU | C331-011-3:2019-C04 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENYELENG-GARAAN ENJIN VESEL PENANGKAPAN IKAN |
Penerangan CU | Penyelenggaraan Enjin Vesel Penangkapan Ikan ialah kompetensi dalam menjalankan kerja-kerja selenggara sistem yang ada di dalam enjin vesel. Kerja ini melibatkan aktiviti menukar, mengganti dan menyelenggara sistem enjin bergantung kepada tempoh tertentu. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh mengenalpasti penyelenggaraan berkala sistem enjin vesel, menyelenggara sistem pelincir enjin, menyelenggara sistem penyejukan air masin, menyelenggara bekalan kuasa, melaksana uji lari enjin vesel (test run engine) dan menyedia laporan penyelenggaraan enjin vesel. Hasilan CU ini adalah kebolehupayaan personel melaksanakan tugas-tugas menyelenggara sistem enjin vesel mengikut peraturan dan prosedur kerja seperti panduan pengilang. |
Tempoh Latihan | 335 |
Objektif Pembelajaran | Hasil kompetensi unit ini adalah kebolehupayaan personel melaksanakan tugas-tugas menyelenggara sistem enjin vesel mengikut peraturan dan prosedur kerja seperti panduan pengilang. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan: 1. Kenalpasti penyelenggaraan berkala sistem enjin vesel. 2. Selenggara sistem pelincir enjin. 3. Selenggara sistem penyejukan air masin. 4. Selenggara bekalan kuasa. 5. Laksana uji lari enjin vesel (test run engine). 6. Sedia laporan penyelenggaraan enjin vesel. |
Pra-Syarat | 0 |