JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPenyelenggaraan Vesel Penangkapan Ikan [C331-011-3:2019]
Kod CUC331-011-3:2019-C08
CompetencyCore
Tajuk CUPENYELARASAN VESEL PENANGKAPAN IKAN KE GALANGAN
Penerangan CUPenyelarasan Vesel Penangkapan Ikan Ke Galangan ialah kompetensi dalam menyediakan vesel untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan baikpulih. Lazimnya di dalam aktiviti ini pengendalian aktiviti menaikkan vesel ke atas galangan melibatkan penggunaan jentera berat seperti kren dan peralatan mekanikal dan elektronik seperti winch, elevator, chocks dan cradle. Pengendalian perlu dijalankan dengan hati-hati agar tidak mendatangkan kerosakan kepada vesel dan juga membahayakan situasi kerja dan pekerja.
Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh membuat persediaaan vesel penangkapan ikan ke galangan, mengendali aktiviti menaikkan vesel ke atas galangan, mengendali aktiviti mencuci badan vesel dan bahagian bawah vesel (underwater hull), memeriksa keadaan fizikal vesel dan menyedia laporan tinjauan penyediaan vesel ke galangan.
Hasilan CU ini adalah kebolehupayaan personel melaksanakan tugas-tugas penyelarasan vesel ke galangan mengikut peraturan dan prosedur kerja.
Tempoh Latihan225
Objektif PembelajaranHasil kompetensi unit ini adalah kebolehupayaan untuk untuk mengendalikan kenaikan vesel ke galangan dengan terancang dan cekap mengikut spesifikasi dan tatacara yang betul serta mematuhi amalan pekerjaan yang memenuhi tuntutan amalan seperti yang digariskan di dalam Akta Perikanan 1985.
Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan:
1. Buat persediaaan vesel penangkapan ikan ke galangan.
2. Kendali aktiviti menaikkan vesel ke atas galangan.
3. Kendali aktiviti mencuci badan vesel dan bahagian bawah vesel (Underwater hull).
4. Periksa keadaan fizikal vesel.
5. Sedia laporan tinjauan penyediaan vesel ke galangan.
Pra-Syarat0