Job Description (JD)
Nama Program | Pelaksanaan Kerja Belia [S941-001-3:2020] |
---|---|
Kod CU | S941-001-3:2020-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGENALPASTIAN KARAKTER BELIA |
Penerangan CU | Pengenalpastian Karakter Belia menerangkan pengetahuan, pemahaman dan kemahiran untuk mengenalpasti karakter belia berdasarkan personaliti, aset dalaman, luaran serta potensi yang ada pada diri belia. Dengan memahami karakter belia, pendekatan yang bersesuaian dapat diambil khususnya untuk meningkatkan keupayaan belia secara optimum. Skop dan limitasi pendekatan ke atas belia perlu mengambil kira kesesuaian peserta. Personel yang terampil bagi CU hendaklah boleh mengenalpasti kumpulan sasaran belia, menyediakan maklumat karakter belia, mengkategorikan karakter belia dan melapor karakter belia. Hasilan CU ini adalah karakter belia dapat dikenalpasti secara terperinci untuk menentukan pendekatan bersesuaian yang boleh diambil oleh Personel dalam mendekati belia. |
Tempoh Latihan | 220 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah karakter belia dapat dikenalpasti secara terperinci untuk menentukan pendekatan bersesuaian yang boleh diambil oleh Personel dalam mendekati belia. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Kenal pasti kumpulan sasaran belia. 2. Sedia bahan pengumpulan maklumat karakter belia. 3. Kategori karakter belia. 4. Sedia laporan karakter belia. |
Pra-Syarat | Tiada |