Job Description (JD)
Nama Program | Pelaksanaan Kerja Belia [S941-001-3:2020] |
---|---|
Kod CU | S941-001-3:2020-C02 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PELAKSANAAN PROJEK PEMBANGUNAN BELIA |
Penerangan CU | Pelaksanaan Projek Pembangunan Belia menerangkan kemahiran pengurusan pelaksanaan projek jangka masa pendek mengikut lokaliti dengan menggunakan sumber secara efisen dan berdasarkan proses kerja yang sistematik. Personel yang terampil bagi CU hendaklah dapat mengurus kewangan dan perolehan, kumpul dana, kenal pasti risiko, urus dokumen berkaitan projek, buat mesyuarat berkaitan projek, urus tempahan logistik dan laksana projek. Hasilan CU ini adalah pelaksanaan projek pembangunan belia dapat dilaksanakan mengikut objektif dan perancangan yang telah ditetapkan. |
Tempoh Latihan | 680 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelaksanaan projek pembangunan belia dapat dilaksanakan mengikut objektif dan perancangan yang telah ditetapkan. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Urus asas kewangan. 2. Kumpul dana projek pembangunan belia. 3. Kenal pasti risiko projek. 4. Urus dokumen berkaitan projek. 5. Anjur mesyuarat berkaitan projek. 6. Urus tempahan logistik. 7. Laksana projek. |
Pra-Syarat | Tiada |