Job Description (JD)
Nama Program | Pelaksanaan Kerja Belia [S941-001-3:2020] |
---|---|
Kod CU | S941-001-3:2020-C03 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENYELARASAN PEKERJA BELIA |
Penerangan CU | Penyelarasan Pekerja Belia menerangkan daftar dan tugasan, urus latihan, pembangunan kerjaya, hasil kerja Pekerja Belia, penilaian prestasi, kebajikan dan keselamatan (enabling, ensuring dan empowerment). Unit kompetensi bagi memastikan keperluan dan pembangunan Pekerja Belia diselaraskan dengan baik. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah dapat sediakan senarai daftar dan senarai tugasan untuk Pekerja Belia, kawal selia tugasan Pekerja Belia, tingkatkan keupayaan latihan kemahiran Pekerja Belia, urus kebajikan, kesihatan dan keselamatan Pekerja Belia dan nilaikan prestasi Pekerja Belia. Hasilan CU ini adalah meningkatkan keupayaan kawal selia tugasan dan pembangunan kerjaya Pekerja Belia. |
Tempoh Latihan | 680 |
Objektif Pembelajaran | Hasil unit kompetensi ini adalah meningkatkan keupayaan kawal selia tugasan dan pembangunan kerjaya Pekerja Belia. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Sedia senarai daftar dan senarai tugasan Pekerja Belia. 2. Kawal selia tugasan Pekerja Belia. . 3. Tingkatkan keupayaan Pekerja Belia. 4. Urus kebajikan Pekerja Belia. 5. Nilai prestasi Pekerja Belia. |
Pra-Syarat | Tiada |