Job Description (JD)
Nama Program | Pelaksanaan Kerja Belia [S941-001-3:2020] |
---|---|
Kod CU | S941-001-3:2020-C04 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PELAKSANAAN PEMASARAN |
Penerangan CU | Pelaksanaan Pemasaran menerangkan kaedah dan strategi yang perlu diambil untuk mempromosikan sesuatu produk/ program atau jenama untuk pengetahuan umum. Kepentingan unit kompetensi ini adalah untuk memastikan maklumat produk/ program/ jenama diketahui umum dan dapat dipasarkan. Individu yang terlibat dalam mengurus pelaksanaan program mempunyai kebolehan dalam melaksanakan strategi pemasaran. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah dapat kenal pasti perincian program, kenal pasti kaedah pemasaran, laksana aktiviti pemasaran, analisis maklum balas keberkesanan pemasaran, sediakan laporan aktiviti pemasaran. Hasilan CU ini adalah program, aktiviti atau produk pembangunan belia dapat dihebahkan melalui pelbagai saluran. |
Tempoh Latihan | 220 |
Objektif Pembelajaran | Hasil unit kompetensi ini membolehkan produk/ program/ jenama dikenali umum dan memberi manfaat kepada pengguna dan masyarakat. Di akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih perlu berkebolehan untuk: 1. Kenal pasti perincian program 2. Kenal pasti kaedah pemasaran. 3. Laksana aktiviti pemasaran.. 4. Analisis maklum balas keberkesanan pemasaran. 5. Sediakan laporan aktiviti pemasaran. |
Pra-Syarat | Tiada |