Job Description (JD)
Nama Program | Pengurusan Kerja Belia [S941-001-5:2020] |
---|---|
Kod CU | S941-001-5:2020-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | Perancangan Hala Tuju Kerja Belia |
Penerangan CU | Perancangan Hala Tuju Kerja Belia menerangkan tentang oganisasi kerja belia, pekerja belia dan program yang dilaksanakan terarah dan mencapai matlamat dalam pembangunan belia yang sejajar dengan Dasar Belia Malaysia. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh analisis situasi organisasi, rangka pelaksanaan aktiviti organisasi (operasi & program), sahkan hala tuju tahunan organisasi dan dokumenkan aktiviti tahunan organisasi. Hasilan CU ini adalah hala tuju kerja belia dianalisis dan dirancang melalui pendekatan conceptualisation bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. |
Tempoh Latihan | 340 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih boleh memahami dan berkemahiran dalam menganalisa dan merancang hala tuju kerja belia melalui pendekatan conceptualisation bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Analisis situasi organisasi. 2. Rangka pelaksanaan aktiviti organisasi (operasi & program). 3. Sahkan hala tuju tahunan organisasi. 4. Dokumenkan aktiviti tahunan organisasi. |
Pra-Syarat | 0 |