Job Description (JD)
Nama Program | Pengurusan Kerja Belia [S941-001-5:2020] |
---|---|
Kod CU | S941-001-5:2020-E01 |
Competency | Elektif |
Tajuk CU | Pengantarabangsaan Kerja Belia |
Penerangan CU | Pengantarabangsaan Kerja Belia menerangkan tentang bagaimana untuk belia terlibat secara aktif sebagai pemimpin dan peserta aktif serta mempromosikan diri sebagai duta negara yang menjalankan kerja-kerja belia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh kenal pasti isu-isu global, tentukan program dan platform serantau dan antarabangsa, sediakan kertas kerja isu semasa diperingkat antarabangsa dan tentukan kemudahan fasiliti bagi program antarabangsa. Hasilan CU ini adalah pekerja belia dan belia Malaysia diletakkan setara dengan belia di peringkat antarabangsa dan melahirkan belia yang sentiasa cakna dengan isu dan perkembangan pembangunan belia di peringkat global serta mampu menyuarakan pendapat yang mewakili pendirian belia Malaysia. |
Tempoh Latihan | 340 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih boleh meletakkan pekerja belia dan belia Malaysia setara dengan belia di peringkat antarabangsa dan melahirkan belia yang sentiasa cakna dengan isu dan perkembangan pembangunan belia di peringkat global serta mampu menyuarakan pendapat yang mewakili pendirian belia Malaysia Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Kenal pasti isu-isu global. 2. Tentukan program dan platform serantau dan antarabangsa 3. Sediakan kertas kerja isu semasa diperingkat antarabangsa. 4. Tentukan kemudahan fasiliti bagi program antarabangsa. |
Pra-Syarat | 0 |