Job Description (JD)
Nama Program | Pengurusan Operasi Bahagian (Kepolisan) [O842-006-4:2020] |
---|---|
Kod CU | O842-006-4:2020-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | Pentadbiran Pengurusan Ketenteraman Awam/Bencana |
Penerangan CU | Pentadbiran Pengurusan Ketenteraman Awam/ Bencana menerangkan kebolehan dalam bertindak, menyelia, mengawal dan membuat pelaporan serta dapat berkolaborasi dengan lain-lain agensi dalam mengendalikan operasi semasa krisis dan bencana di peringkat bahagian mengikut prosedur yang ditetapkan. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh melaksanakan penilaian insiden ketenteraman awam/bencana, kawal insiden ketenteraman awam/ bencana dan berkerjasama dengan lain-lain jabatan/agensi. Hasilan CU ini membolehkan personel mentadbir pengurusan krisis dan bencana dengan berkesan agar ketenteraman dan keselamatan dalam kawasan tanggungjawab berada dalam keadaan terkawal berdasarkan arahan dan peraturan yang telah ditetapkan. |
Tempoh Latihan | 360 |
Objektif Pembelajaran | Hasil unit kompetensi ini membolehkan personel mentadbir pengurusan krisis dan bencana dengan berkesan agar ketenteraman dan keselamatan dalam kawasan tanggungjawab berada dalam keadaan terkawal berdasarkan arahan dan peraturan yang telah ditetapkan. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Laksana penilaian insiden ketenteraman awam/bencana. 2. Kawal insiden ketenteraman awam/ bencana. 3. Bekerjasama dengan lain-lain jabatan/ agensi. |
Pra-Syarat | 0 |