JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengurusan Operasi Bahagian (Kepolisan) [O842-006-4:2020]
Kod CUO842-006-4:2020-C03
CompetencyCore
Tajuk CUPelaksanaan Siasatan
Penerangan CUPelaksanaan Siasatan menerangkan tindakan-tindakan atau langkah-langkah tertentu yang perlu diambil untuk mencari penyelesaian kepada punca kejadian mengikut peruntukan undang-undang dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh laksana siasatan Laporan Mati Mengejut (LMM) dan Laporan Orang Hilang (OH), kuatkuasa permit dan lesen Kedai Barang Lusuh dan Pajak Gadai dan laksana siasatan harta yang tidak dituntut mengikut peraturan dan undang-undang yang berkaitan.

Hasilan CU ini membolehkan personel melaksanakan siasatan dengan sistematik, berkesan, adil dan saksama mengikut garis panduan dan peruntukan undang-undang yang ditetapkan.
Tempoh Latihan360
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini membolehkan personel melaksanakan siasatan dengan sistematik, berkesan, adil dan saksama mengikut garis panduan dan peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Laksana siasatan laporan mati mengejut (LMM).
2. Laksana siasatan laporan orang hilang (OH).
3. Kuatkuasa permit dan lesen kedai barang lusuh dan kedai pajak gadai.
4. Laksana siasatan harta yang tidak dituntut.
Pra-Syarat0