JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengurusan Operasi Bahagian (Kepolisan) [O842-006-4:2020]
Kod CUO842-006-4:2020-C04
CompetencyCore
Tajuk CUPelaksanaan Hubungan Masyarakat
Penerangan CUPelaksanaan Hubungan Masyarakat menerangkan aktiviti-aktiviti, kolaborasi dan teknik kerjasama melibatkan hubungan dua hala antara masyarakat dan pihak polis.

Personel yang terampil bagi CU ini boleh mengendalikan aktiviti kemasyarakatan, melaksanakan rondaan bersama Rukun Tetangga (RT)/ Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan memberi khidmat nasihat/keselamatan kepada masyarakat mengikut peraturan yang ditetapkan.

Hasilan CU ini membolehkan personel melaksanakan konsep dan kaedah kerjasama yang berkesan bagi meningkatkan kerjasama erat melalui hubungan baik dengan masyarakat. Seterusnya dapat memberi kepuasan dan meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap polis selari dengan moto PDRM.
Tempoh Latihan180
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini membolehkan personel melaksanakan konsep dan kaedah kerjasama yang berkesan bagi meningkatkan kerjasama erat melalui hubungan baik dengan masyarakat. Seterusnya dapat memberi kepuasan dan meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap polis selari dengan moto PDRM.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Kendali aktiviti kemasyarakatan.
2. Laksana rondaan bersama Rukun Tetangga (RT)/Skim Rondaan Sukarela (SRS).
3. Beri khidmat nasihat/keselamatan.
Pra-Syarat0