Job Description (JD)
Nama Program | Pengurusan Operasi Bahagian (Kepolisan) [O842-006-4:2020] |
---|---|
Kod CU | O842-006-4:2020-C06 |
Competency | Core |
Tajuk CU | Pentadbiran Sumber Manusia |
Penerangan CU | Pentadbiran Sumber Manusia menerangkan kaedah mentadbir urus sumber manusia di bawah kawalan yang merangkumi semua aspek bagi mengoptimumkan penggunaan sumber manusia secara efektif. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh mengatur selia sumber manusia, melaksanakan penilai prestasi sumber manusia, menangani tatatertib sumber manusia dan mengendalikan latihan dalam perkhidmatan mengikut garis panduan dan prosedur yang ditetapkan. Hasilan CU ini membolehkan personel mentadbir urus sumber manusia bawah kawalan secara sistematik dan efisyen bagi meningkatkan kecekapan dan kompetensi anggota berdasarkan peraturan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. |
Tempoh Latihan | 540 |
Objektif Pembelajaran | Hasil unit kompetensi ini membolehkan personel mentadbir urus sumber manusia bawah kawalan secara sistematik dan efisyen bagi meningkatkan kecekapan dan kompetensi anggota berdasarkan peraturan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Aturselia sumber manusia. 2. Laksana penilaian prestasi sumber manusia. 3. Tangani tatatertib sumber manusia. 4. Kendali latihan dalam perkhidmatan. |
Pra-Syarat | 0 |