JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengurusan Operasi Bahagian (Kepolisan) [O842-006-4:2020]
Kod CUO842-006-4:2020-C08
CompetencyCore
Tajuk CUPelaksanaan Pengurusan Lokap
Penerangan CUPelaksanaan Pengurusan Lokap menerangkan prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi bagi memastikan keadaan lokap dan orang tahanan dalam keadaan selamat berdasarkan kaedah-kaedah lokap, PTKPN dan arahan semasa.

Personel yang terampil bagi CU ini berupaya menyelia keselamatan lokap, menjaga keselamatan dan hak-hak tahanan dan lakukan pemeriksaan lokap mengikut peraturan yang ditetapkan.

Hasilan CU ini membolehkan personel melaksanakan kaedah pengurusan lokap secara berkesan bagi memberi keadilan kepada orang tahanan berdasarkan peruntukan undang-undang dan arahan yang ditetapkan.
Tempoh Latihan180
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah membolehkan personel melaksanakan kaedah pengurusan lokap secara berkesan bagi memberi keadilan kepada orang tahanan berdasarkan peruntukan undang-undang dan arahan yang ditetapkan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Selia keselamatan lokap.
2. Jaga keselamatan dan hak-hak tahanan.
3. Lakukan pemeriksaan lokap.
Pra-Syarat0