Job Description (JD)
Nama Program | Pengurusan Operasi Bahagian (Kepolisan) [O842-006-4:2020] |
---|---|
Kod CU | O842-006-4:2020-C10 |
Competency | Core |
Tajuk CU | Pelaksanaan Perkhidmatan Pelanggan |
Penerangan CU | Pelaksanaan Perkhidmatan Pelanggan menerangkan kaedah pengurusan kaunter yang berkesan berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan Piagam Pelanggan yang ditetapkan. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh mengendalikan laporan polis, kendali aduan awam dan melaksanakan pengurusan pelanggan mengikut peraturan ditetapkan. Hasilan CU ini membolehkan personel mengaplikasikan urusan perkhidmatan pelanggan dengan berkesan bagi mencapai sasaran ditetapkan seterusnya dapat memberi kepuasan serta keyakinan masyarakat terhadap polis selari dengan moto PDRM. |
Tempoh Latihan | 180 |
Objektif Pembelajaran | Hasil unit kompetensi ini adalah membolehkan personel mengaplikasikan urusan perkhidmatan pelanggan dengan berkesan bagi mencapai sasaran ditetapkan seterusnya dapat memberi kepuasan serta keyakinan masyarakat terhadap polis selari dengan moto PDRM. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Kendali laporan polis. 2. Kendali aduan awam. 3. Laksana pengurusan pelanggan. |
Pra-Syarat | 0 |