Job Description (JD)
Nama Program | PENGURUSAN OPERASI DAERAH (KEPOLISAN) [O842-006-5:2020] |
---|---|
Kod CU | O842-006-5:2020-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | Pengurusan Ketenteraman Awam/ Bencana |
Penerangan CU | Pengurusan Ketenteraman Awam/ Bencana menerangkan strategi, kaedah dan tatacara yang dirancang dan dilaksanakan bagi menangani situasi ketenteraman awam/bencana dengan cekap, berkesan secara sistematik berlandaskan prosedur dan arahan yang diperuntukkan. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh mengawal perintah ketenteraman awam/bencana, nilai risiko insiden ditempat kejadian, berkerjasama dengan jabatan/agensi lain, mengarah pelaksanaan operasi/perintah gerakan dan melaksana pelan kontingensi. Hasilan CU ini membolehkan personel berkemahiran menganalisa dan mengkoordinasi tindakan bagi menangani sebarang situasi ketenteraman awam/bencana dengan cekap dan profesional selaras dengan peruntukkan undang-undang dan prosedur yang ditetapkan. |
Tempoh Latihan | 270 |
Objektif Pembelajaran | Hasil unit kompetensi ini membolehkan personel berkemahiran menganalisa dan mengkoordinasi tindakan bagi menangani sebarang situasi ketenteraman awam/bencana dengan cekap dan profesional selaras dengan peruntukkan undang-undang dan prosedur yang ditetapkan. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Kawalperintah ketenteraman awam/ bencana. 2. Nilai risiko insiden. 3. Bekerjasama dengan jabatan/ agensi lain. 4. Arah pelaksanaan operasi/ perintah gerakan. 5. Laksana pelan kontingensi. |
Pra-Syarat | 0 |