JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGURUSAN OPERASI DAERAH (KEPOLISAN) [O842-006-5:2020]
Kod CUO842-006-5:2020-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPemantauan Proses Siasatan Aduan
Penerangan CUPemantauan Proses Siasatan Aduan menerangkan kaedah bagi memastikan pengurusan siasatan dapat dilaksanakan secara sistematik dan efektif mengikut prosedur/arahan dan peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh pantau pelaksanaan proses siasatan, semak semula siasatan, pastikan keselamatan barang kes dan lupus barang kes mengikut keperluan berdasarkan peruntukan undang-undang.

Hasilan CU ini membolehkan personel menetapkan kawalan dalam pengurusan siasatan bagi memantau kemajuan siasatan dengan berintegriti dan berkualiti mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).
Tempoh Latihan180
Objektif PembelajaranHasil unit kompetensi ini adalah membolehkan personel menetapkan kawalan dalam pengurusan siasatan bagi memantau kemajuan siasatan dengan berintegriti dan berkualiti mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Laksana pemantauan siasatan aduan polis.
2. Semak semula siasatan.
3. Pastikan keselamatan barang kes.
4. Lupus barang kes.
Pra-Syarat0