Job Description (JD)
Nama Program | PENGURUSAN OPERASI DAERAH (KEPOLISAN) [O842-006-5:2020] |
---|---|
Kod CU | O842-006-5:2020-C04 |
Competency | Core |
Tajuk CU | Pengurusan Strategi Keselamatan Daerah |
Penerangan CU | Pengurusan Strategi Keselamatan Daerah menerangkan tentang kaedah, teknik dan aktiviti yang dilaksanakan berhubung aspek pencegahan jenayah yang dirancang dan diatur ke arah penurunan kadar jenayah dalam daerah. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh pantau penugasan bit dan patrol, pantau pelaksanaan operasi bersepadu, bekerjasama dengan pihak berkepentingan dalam konteks cegah jenayah dan menilai prestasi operasi seperti perancangan. Hasilan CU ini membolehkan personel mengurus aktiviti pencegahan jenayah yang telah dirancang secara sistematik bagi memastikan strategi pencegahan jenayah dapat dilaksanakan secara berkesan mengikut peruntukan undang-undang dan prosedur yang telah ditetapkan. |
Tempoh Latihan | 180 |
Objektif Pembelajaran | Hasil unit kompetensi ini membolehkan personel mengurus aktiviti pencegahan jenayah yang telah dirancang secara sistematik bagi memastikan strategi pencegahan jenayah dapat dilaksanakan secara berkesan mengikut peruntukan undang-undang dan prosedur yang telah ditetapkan. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Laksana pemantauan strategi keselamatan daerah. 2. Laksana kolaborasi dengan pihak berkepentingan. 3. Laksana penilaian keberkesanan strategi keselamatan daerah. |
Pra-Syarat | 0 |