Job Description (JD)
Nama Program | Pengacaraan Profesional [R900-008-3:2021] |
---|---|
Kod CU | R900-008-3:2021-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | KENDALI KEPERLUAN PRA ACARA |
Penerangan CU | Kendali keperluan pra acara menerangkan kompetensi dalam penyelarasan butiran kerja sebelum sesuatu acara itu dilaksanakan mengikut spesifikasi dan keperluan majlis. Personel yang terampil bagi Unit Kompetensi ini hendaklah boleh kenal pasti butiran majlis, kenal pasti terma rujukan tugas pengacaraan, kenal pasti butiran atur cara pentadbiran (running order), periksa butiran teks pengacaraan dan lakukan raptai pengacaraan. Hasilan Unit Kompetensi ini adalah segala perancangan dan keperluan perkhidmatan pengacaraan dipenuhi sebelum sesuatu acara dilaksanakan mengikut terma rujukan pelantikan dan keperluan acara. |
Tempoh Latihan | 720 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah segala perancangan dan keperluan perkhidmatan pengacaraan dipenuhi sebelum sesuatu acara dilaksanakan mengikut terma rujukan pelantikan dan keperluan acara. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Kenal pasti butiran majlis. 2. Kenal pasti terma rujukan tugas pengacaraan. 3. Kenal pasti butiran atur cara pentadbiran (running order). 4. Periksa butiran teks pengacaraan. 5. Lakukan raptai pengacaraan. |
Pra-Syarat | Tiada. |