JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengacaraan Profesional [R900-008-3:2021]
Kod CUR900-008-3:2021-C04
CompetencyCore
Tajuk CUSEDIA TEKS PENGACARAAN
Penerangan CUSediakan teks pengacaraan menerangkan kompetensi dalam menghasilkan teks atau skrip pengacaraan mengikut spesifikasi dan keperluan majlis.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh kenal pasti format dan kandungan teks pengacaraan, kumpul maklumat berkaitan majlis, semak keperluan protokol majlis dan hasilkan teks pengacaraan.

Hasilan CU ini adalah teks pengacaraan dihasilkan mengikut spesifikasi dan keperluan majlis.
Tempoh Latihan480
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah teks pengacaraan dihasilkan mengikut spesifikasi dan keperluan majlis.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Kenal pasti format dan kandungan teks pengacaraan.
2. Kumpul maklumat berkaitan majlis.
3. Semak keperluan protokol majlis.
4. Hasilkan teks pengacaraan.
Pra-SyaratTiada.