JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengacaraan Profesional [R900-008-3:2021]
Kod CUR900-008-3:2021-C05
CompetencyCore
Tajuk CUBANGUNKAN JENAMA DAN IMEJ KENDIRI
Penerangan CUBangunkan jenama dan imej kendiri menerangkan kompetensi dalam pembinaan dan pengurusan jenama dan imej profesional seseorang pengacara majlis bagi memastikan kelestarian kerjaya.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sediakan keperluan pembangunan jenama dan imej, lakukan penilaian kendiri, laksana aktiviti pemasaran perkhidmatan pengacaraan, jalani proses uji bakat pengacaraan, dan urus jenama dan imej profesional kendiri.

Hasilan CU ini adalah penjenamaan dan imej pengacara majlis dibina dan diuruskan secara profesional dan mengikut etika kerja.
Tempoh Latihan240
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah penjenamaan dan imej pengacara majlis dibina dan diuruskan secara profesional dan mengikut etika kerja.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Sediakan keperluan pembangunan jenama dan imej.
2. Lakukan penilaian kendiri.
3. Laksana aktiviti pemasaran perkhidmatan pengacaraan.
4. Jalani proses uji bakat pengacaraan.
5. Urus jenama dan imej profesional kendiri.
Pra-SyaratTiada.