JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPerkhidmatan Operasi dan Penyelenggaraan Rangkaian Paip Pembetungan [E370-003-2:2022]
Kod CUE370-003-2:2022-C01
CompetencyCore
Tajuk CUJALANKAN OPERASI DAN PENYELENGGARAAN LURANG PEMBETUNGAN (MANHOLE)
Penerangan CUJalankan operasi dan penyelenggaraan lurang pembetungan (manhole) menerangkan kompetensi dalam menyelenggara dan membaik pulih lurang pembetungan bagi meningkatkan jangka hayat komponen serta sistemnya. Kompetensi ini juga membantu mengurangkan potensi kerosakan dan meningkatkan keefisienan lurang pembetungan.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh lakukan pemeriksaan keadaan lurang pembetungan, lakukan penyelenggaraan cegah (preventive maintenance) lurang pembetungan, lakukan kerja-kerja baik pulih penutup dan bingkai lurang pembetungan dan lakukan kerja-kerja baik pulih lurang pembetungan.

Hasilan CU ini adalah lurang pembetungan beroperasi dengan baik tanpa kerosakan dan kecacatan bagi memastikan alam sekitar terpelihara daripada air kumbahan tidak terawat berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) majikan dan keperluan pihak berkuasa yang berkaitan.
Tempoh Latihan182
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih dapat meyelenggara lurang pembetungan agar beroperasi dengan baik tanpa kerosakan dan kecacatan bagi memastikan alam sekitar terpelihara daripada air kumbahan tidak terawat berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) majikan dan keperluan pihak berkuasa yang berkaitan

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Lakukan pemeriksaan keadaan lurang pembetungan.
2. Lakukan penyelenggaraan cegah (preventive maintenance) lurang pembetungan.
3. Lakukan kerja-kerja baik pulih penutup dan bingkai lurang pembetungan.
4. Lakukan kerja-kerja baik pulih lurang pembetungan.
Pra-SyaratNot Available