Job Description (JD)
Nama Program | Perkhidmatan Operasi dan Penyelenggaraan Rangkaian Paip Pembetungan [E370-003-2:2022] |
---|---|
Kod CU | E370-003-2:2022-C02 |
Competency | Core |
Tajuk CU | JALANKAN OPERASI DAN PENYELENGGARAAN RANGKAIAN PAIP ALIRAN GRAVITI |
Penerangan CU | Jalankan operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip aliran graviti menerangkan kompetensi dalam menyelenggara dan membaik pulih rangkaian paip aliran graviti bagi meningkatkan jangka hayat komponen serta sistemnya. Kompetensi ini juga membantu mengurangkan potensi kerosakan dan meningkatkan keefisienan rangkaian paip aliran graviti. Tugasan ini sangat penting bagi memastikan tiada sisa domestik atau industri yang mencemarkan alam sekitar. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh lakukan pembersihan paip pembetungan dengan kaedah rodding dan jetting, lakukan pemeriksaan fizikal paip pembetungan, lakukan kerja-kerja baik pulih paip pembetungan dengan kaedah pengorekan terbuka (open cut) dan tanpa korekan (trenchless) dan selenggara inverted syphon system line. Hasilan CU ini adalah rangkaian paip aliran graviti beroperasi dengan baik tanpa kerosakan dan kecacatan bagi memastikan alam sekitar terpelihara daripada air kumbahan tidak terawat berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) majikan dan keperluan pihak berkuasa yang berkaitan. |
Tempoh Latihan | 208 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih dapat menyelenggara dan membaik pulih rangkaian paip aliran gravity agar beroperasi dengan baik tanpa kerosakan dan kecacatan bagi memastikan alam sekitar terpelihara daripada air kumbahan tidak terawat berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) majikan dan keperluan pihak berkuasa yang berkaitan. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Lakukan pembersihan paip pembetungan dengan kaedah rodding. 2. Lakukan pembersihan paip pembetungan dengan kaedah jetting. 3. Lakukan pemeriksaan fizikal paip pembetungan. 4. Lakukan kerja-kerja baik pulih paip pembetungan dengan kaedah pengorekan terbuka (open cut). 5. Lakukan kerja-kerja baik pulih paip pembetungan dengan kaedah tanpa korekan (trenchless). 6. Selenggara inverted syphon system line. |
Pra-Syarat | Tidak Berkaitan |