Job Description (JD)
Nama Program | Perkhidmatan Operasi dan Penyelenggaraan Rangkaian Paip Pembetungan [E370-003-2:2022] |
---|---|
Kod CU | E370-003-2:2022-C03 |
Competency | Core |
Tajuk CU | JALANKAN OPERASI DAN PENYELENGGARAAN RANGKAIAN PAIP TEKANAN |
Penerangan CU | Jalankan operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip tekanan menerangkan kompetensi dalam menyelenggara dan membaik pulih rangkaian paip tekanan bagi meningkatkan jangka hayat komponen serta sistemnya. Kompetensi ini juga membantu mengurangkan potensi kerosakan dan meningkatkan keefisienan rangkaian paip tekanan. Tugasan ini sangat penting bagi memastikan tiada sisa domestik atau industri yang mencemarkan alam sekitar. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh lakukan pemeriksaan jajaran rangkaian paip tekanan, lakukan pemeriksaan kebocoran pada injap, lakukan pemeriksaan discharge/receiving manhole, lakukan kerja-kerja baik pulih paip tekanan, selenggara injap paip tekanan dan selenggara discharge/receiving manhole. Hasilan CU ini adalah rangkaian paip tekanan beroperasi dengan baik tanpa kerosakan dan kecacatan bagi memastikan alam sekitar terpelihara daripada air kumbahan tidak terawat berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) majikan dan keperluan pihak berkuasa yang berkaitan. |
Tempoh Latihan | 130 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih dapat menyelenggara dan membaik pulih rangkaian paip tekanan agar beroperasi dengan baik tanpa kerosakan dan kecacatan bagi memastikan alam sekitar terpelihara daripada air kumbahan tidak terawat berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) majikan dan keperluan pihak berkuasa yang berkaitan. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Lakukan pemeriksaan jajaran rangkaian paip tekanan. 2. Lakukan pemeriksaan kebocoran pada injap. 3. Lakukan pemeriksaan discharge/ receiving manhole. 4. Lakukan kerja-kerja baik pulih paip tekanan. 5. Selenggara injap paip tekanan. 6. Selenggara discharge/ receiving manhole. |
Pra-Syarat | Not Available |