Job Description (JD)
Nama Program | Penyeliaan Operasi dan Penyelenggaraan Rangkaian Paip Pembetungan [E370-003-3:2022] |
---|---|
Kod CU | E370-003-3:2022-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | SELIA OPERASI DAN PENYELENGGARAAN LURANG DAN RANGKAIAN PAIP PEMBETUNGAN |
Penerangan CU | Selia operasi dan penyelenggaraan lurang dan rangkaian paip pembetungan menerangkan kompetensi dalam memantau tugasan subordinat dalam menyelenggara lurang & rangkaian paip pembetungan bagi memastikan kerja-kerja yang dijalankan mematuhi arahan kerja serta keperluan pihak berkuasa yang terlibat. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh lakukan penyeliaan selia kerja-kerja penyelenggaraan berjadual lurang pembetungan, lakukan penyeliaan kerja-kerja penyelenggaraan cegah (preventive maintenance) paip pembetungan dan lakukan penyeliaan kerja-kerja penyelenggaraan pembetulan rangkaian paip pembetungan. Hasilan CU ini adalah kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan lurang & paip pembetungan dijalankan mengikut perancangan dan arahan kerja berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) majikan dan keperluan pihak berkuasa yang berkenaan. |
Tempoh Latihan | 0 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih dapat memantau tugasan subordinat dalam menyelenggara lurang & rangkaian paip pembetungan agar kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan lurang & paip pembetungan dijalankan mengikut perancangan dan arahan kerja berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) majikan dan keperluan pihak berkuasa yang berkenaan. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Lakukan penyeliaan kerja-kerja penyelenggaraan berjadual lurang pembetungan. 2. Lakukan penyeliaan kerja-kerja penyelenggaraan cegah (preventive maintenance) paip pembetungan. 3. Lakukan penyeliaan kerja-kerja penyelenggaraan pembetulan rangkaian paip pembetungan. |
Pra-Syarat | Tidak Berkaitan |