JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPenyeliaan Operasi dan Penyelenggaraan Rangkaian Paip Pembetungan [E370-003-3:2022]
Kod CUE370-003-3:2022-E01
CompetencyElektif
Tajuk CUPERIKSA KELULUSAN PAIP PEMBETUNGAN DI TAPAK
Penerangan CUPeriksa kelulusan paip pembetungan di tapak menerangkan kompetensi dalam memastikan kerja-kerja penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan yang telah dibuat adalah mematuhi spesifikasi dan keperluan yang ditetapkan oleh majikan dan pihak berkuasa yang terlibat.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh lakukan pemantauan aktiviti pemeriksaan paip dan lurang pembetungan di tapak, lakukan pemantauan aktiviti ujian paip pembetungan di tapak dan sediakan ulasan pemeriksaan kelulusan paip pembetungan di tapak.

Hasilan CU ini adalah kerja-kerja penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan yang telah dibuat dicadangkan untuk pentauliahan atau penangguhan mengikut prosedur operasi standard (SOP) majikan.
Tempoh Latihan0
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih dapat memastikan kerja-kerja penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan yang telah dibuat adalah mematuhi spesifikasi dan keperluan yang ditetapkan oleh majikan dan pihak berkuasa yang terlibat agar dapat dicadangkan untuk pentauliahan atau penangguhan mengikut prosedur operasi standard (SOP) majikan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Lakukan pemantauan aktiviti pemeriksaan paip dan lurang pembetungan di tapak.
2. Lakukan pemantauan aktiviti ujian paip pembetungan di tapak.
3. Sediakan ulasan pemeriksaan kelulusan paip pembetungan di tapak.
Pra-SyaratTidak Berkaitan