JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPentadbiran Teknikal Operasi dan Penyelenggaraan Rangkaian Paip Pembetungan [E370-003-4:2022]
Kod CUE370-003-4:2022-C01
CompetencyCore
Tajuk CUURUS OPERASI DAN PENYELENGGARAAN PAIP PEMBETUNGAN
Penerangan CUUrus operasi dan penyelenggaraan paip pembetungan menerangkan kompetensi dalam mentadbir dan merancang serta memantau pelaksanaan operasi dan penyelenggaraan paip pembetungan agar dijalankan dengan sistematik dan berkesan.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sediakan jadual kerja operasi dan penyelenggaraan paip pembetungan, pantau operasi dan penyelenggaraan paip pembetungan, analisis aktiviti kerja dan data operasi dan penyelenggaraan paip pembetungan dan sediakan laporan operasi dan penyelenggaraan paip pembetungan.

Hasilan CU ini adalah pentadbiran operasi dan penyelenggaraan paip pembetungan yang baik dan sistematik mengikut perancangan yang ditetapkan berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) majikan.
Tempoh Latihan-
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih boleh mentadbir dan merancang serta memantau pelaksanaan operasi dan penyelenggaraan paip pembetungan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) operasi dan penyelenggaraan paip pembetungan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Sediakan jadual kerja operasi dan penyelenggaraan paip pembetungan.
2. Pantau operasi dan penyelenggaraan paip pembetungan.
3. Analisis aktiviti kerja dan data operasi dan penyelenggaraan paip pembetungan.
4. Sediakan laporan operasi dan penyelenggaraan paip pembetungan.
Pra-SyaratTidak berkaitan.