Job Description (JD)
Nama Program | Pentadbiran Teknikal Operasi dan Penyelenggaraan Rangkaian Paip Pembetungan [E370-003-4:2022] |
---|---|
Kod CU | E370-003-4:2022-C02 |
Competency | Core |
Tajuk CU | URUS OPERASI DAN PENYELENGGARAAN LURANG PEMBETUNGAN (MANHOLE) |
Penerangan CU | Urus operasi dan penyelenggaraan lurang pembetungan (manhole) menerangkan kompetensi dalam mentadbir dan merancang serta memantau pelaksanaan operasi dan penyelenggaraan lurang pembetungan agar dijalankan dengan sistematik dan berkesan. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sediakan jadual kerja operasi dan penyelenggaraan lurang pembetungan, pantau operasi dan penyelenggaraan lurang pembetungan, analisis operasi dan penyelenggaraan lurang pembetungan dan sediakan laporan operasi dan penyelenggaraan lurang pembetungan. Hasilan CU ini adalah pentadbiran operasi dan penyelenggaraan lurang pembetungan yang baik dan sistemtaik mengikut perancangan yang ditetapkan berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) majikan. |
Tempoh Latihan | - |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih boleh mentadbir dan merancang serta memantau pelaksanaan operasi dan penyelenggaraan lurang pembetungan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) operasi dan penyelenggaraan lurang pembetungan (manhole). Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Sediakan jadual kerja operasi dan penyelenggaraan lurang pembetungan. 2. Pantau operasi dan penyelenggaraan lurang pembetungan. 3. Analisis operasi dan penyelenggaraan lurang pembetungan. 4. Sediakan laporan operasi dan penyelenggaraan lurang pembetungan. |
Pra-Syarat | Tidak berkaitan. |