JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPentadbiran Teknikal Operasi dan Penyelenggaraan Rangkaian Paip Pembetungan [E370-003-4:2022]
Kod CUE370-003-4:2022-C03
CompetencyCore
Tajuk CUURUS PENGENDALIAN ADUAN PELANGGAN OPERASI DAN PENYELENGGARAAN RANGKAIAN PAIP
Penerangan CUUrus pengendalian aduan pelanggan operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip menerangkan kompetensi dalam mentadbir dan merancang serta memantau aktiviti pengendalian aduan agar dijalankan dengan sistematik dan berkesan bagi memastikan kepuasan perkhidmatan pelanggan sentiasa dalam prestasi yang memuaskan.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh analisis data aduan operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan, pantau tindakan aduan operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan dan sediakan laporan pengendalian aduan operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan.

Hasilan CU ini adalah aduan pelanggan yang diterima dapat diselesaikan mengikut sasaran operasi dan dikendalikan berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) majikan.
Tempoh Latihan-
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih boleh mentadbir dan merancang serta memantau aktiviti pengendalian aduan dengan sistematik dan berkesan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) pengendalian aduan pelanggan operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Analisis data aduan operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan.
2. Pantau tindakan aduan operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan.
3. Sediakan laporan pengendalian aduan operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan.
Pra-SyaratTidak berkaitan.