JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPentadbiran Teknikal Operasi dan Penyelenggaraan Rangkaian Paip Pembetungan [E370-003-4:2022]
Kod CUE370-003-4:2022-C04
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANAKAN SIASATAN ASET RANGKAIAN PEMBETUNGAN
Penerangan CULaksanakan siasatan aset rangkaian pembetungan menerangkan kompetensi dalam menentukan kedudukan dan keadaan aset pembetungan semasa. Hasil penyiasatan ini penting untuk menentukan pelan tindakan susulan terhadap aset berkenaan.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh jalankan kerja penyiasatan aset rangkaian pembetungan, analisis data siasatan aset rangkaian pembetungan dan sediakan laporan penilaian aset rangkaian pembetungan.

Hasilan CU ini adalah maklumat dan data aset pembetungan yang lengkap dikumpulkan mengikut tatacara penyiasatan yang ditetapkan untuk memenuhi sasaran pengurusan aset berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) majikan.
Tempoh Latihan-
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih boleh menentukan kedudukan dan keadaan aset pembetungan semasa dengan berkesan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) pelaksanaan siasatan aset rangkaian pembetungan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Jalankan kerja penyiasatan aset rangkaian pembetungan.
2. Analisis data siasatan aset rangkaian pembetungan.
3. Sediakan laporan penilaian aset rangkaian pembetungan.
Pra-SyaratTidak berkaitan.