JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPentadbiran Teknikal Operasi dan Penyelenggaraan Rangkaian Paip Pembetungan [E370-003-4:2022]
Kod CUE370-003-4:2022-C05
CompetencyCore
Tajuk CUURUS PEROLEHAN OPERASI DAN PENYELENGGARAAN RANGKAIAN PAIP PEMBETUNGAN
Penerangan CUUrus perolehan operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan menerangkan kompetensi dalam mengurus, memantau dan menyelaras aktiviti perolehan dalam operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan. Ini merangkumi daripada penyediaan perancangan sehingga aktiviti perolehan tersebut selesai dijalankan.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sediakan perancangan perolehan operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan, tadbir aktiviti perolehan operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan, selaraskan pembayaran kepada kontraktor operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan dan sediakan laporan perolehan operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan.

Hasilan CU ini adalah penyelarasan aktiviti perolehan operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan yang berkesan mengikut bajet yang diluluskan berdasarkan standard operasi prosedur (SOP) majikan.
Tempoh Latihan-
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih boleh mentadbir, memantau dan menyelaras aktiviti perolehan dalam operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan mengikut Prosedur Operasi Standard perolehan operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Sediakan perancangan perolehan operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan.
2. Tadbir aktiviti perolehan operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan.
3. Selaraskan pembayaran kontraktor operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan.
4. Sediakan laporan perolehan operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan.
Pra-SyaratTidak berkaitan.