Job Description (JD)
Nama Program | Pentadbiran Teknikal Operasi dan Penyelenggaraan Rangkaian Paip Pembetungan [E370-003-4:2022] |
---|---|
Kod CU | E370-003-4:2022-C06 |
Competency | Core |
Tajuk CU | URUS KESIHATAN, KESELAMATAN DAN ALAM SEKITAR (HSE) OPERASI DAN PENYELENGGARAAN RANGKAIAN PAIP PEMBETUNGAN |
Penerangan CU | Urus Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE) operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan menerangkan kompetensi mentadbir dan merancang serta memantau pematuhan keperluan HSE dalam operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh rancang aktiviti kesihatan, keselamatan dan alam sekitar operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan, laksanakan aktiviti audit kesihatan, keselamatan dan alam sekitar operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan dan sediakan laporan pelaksanaan kesihatan, keselamatan dan alam sekitar operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan. Hasilan CU ini adalah tahap kesihatan, keselamatan dan alam sekitar dalam organisasi berada pada keadaan yang maksimal mengikut ketetapan dari badan kawal selia berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) majikan. |
Tempoh Latihan | - |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih boleh mentadbir dan merancang serta memantau pematuhan keperluan HSE dalam operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan dengan sistematik dan berkesan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) pelaksanaan HSE operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Rancang aktiviti kesihatan, keselamatan dan alam sekitar operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan. 2. Laksanakan aktiviti audit kesihatan, keselamatan dan alam sekitar operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan. 3. Sediakan laporan pelaksanaan kesihatan, keselamatan dan alam sekitar operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan. |
Pra-Syarat | Tidak berkaitan. |