JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengurusan Operasi dan Penyelenggaraan Rangkaian Paip Pembetungan [E370-003-5:2022]
Kod CUE370-003-5:2022-C01
CompetencyCore
Tajuk CUURUS ASET RANGKAIAN PAIP PEMBETUNGAN
Penerangan CUUrus aset rangkaian paip pembetungan menerangkan kompetensi dalam mentadbir dan merancang serta memantau pengurusan aset rangkaian paip pembetungan secara sistematik dan berkesan Prosedur Operasi Standard (SOP) majikan.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh kenal pasti keperluan pengurusan aset rangkaian paip pembetungan, rancang pengurusan aset rangkaian paip pembetungan, pantau pelaksanaan pengurusan aset rangkaian paip pembetungan dan sediakan laporan pengurusan aset rangkaian paip pembetungan.

Hasilan CU ini adalah maklumat terkini aset rangkaian paip pembetungan dikumpulkan dan direkodkan secara sistematik bagi tujuan operasi dan penyelenggaraan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) majikan.
Tempoh Latihan-
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih boleh mentadbir dan merancang serta memantau pengurusan aset rangkaian paip pembetungan secara sistematik dan berkesan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Kenal pasti keperluan pengurusan aset rangkaian paip pembetungan.
2. Rancang pengurusan aset rangkaian paip pembetungan.
3. Pantau pelaksanaan pengurusan aset rangkaian paip pembetungan.
4. Sediakan laporan pengurusan aset rangkaian paip pembetungan.
Pra-SyaratTidak berkaitan.