JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengurusan Operasi dan Penyelenggaraan Rangkaian Paip Pembetungan [E370-003-5:2022]
Kod CUE370-003-5:2022-C04
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANAKAN PEMBANGUNAN PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) OPERASI DAN PENYELENGGARAAN RANGKAIAN PAIP PEMBETUNGAN
Penerangan CULaksanakan pembangunan Prosedur Operasi Standard (SOP) operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan menerangkan tentang kompetensi dalam membangunkan dan memantau pelaksanaan SOP dalam operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan. Ini penting untuk meningkatkan produktiviti operasi mengikut sasaran organisasi.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh kenal pasti keperluan Prosedur Operasi Standard (SOP) operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan, bangunkan Prosedur Operasi Standard (SOP) operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan, pantau pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan dan nilaikan keberkesanan Prosedur Operasi Standard (SOP) operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan.

Hasilan CU ini adalah SOP operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan yang terkini dan berkesan mengikut sasaran produktiviti berdasarkan prosedur dan polisi operasi syarikat.
Tempoh Latihan-
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih boleh membangunkan dan memantau pelaksanaan SOP dalam operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan dengan sistematik dan berkesan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Kenal pasti keperluan Prosedur Operasi Standard (SOP) operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan.
2. Bangunkan Prosedur Operasi Standard (SOP) operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan.
3. Pantau pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan.
4. Nilaikan keberkesanan Prosedur Operasi Standard (SOP) operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan.
Pra-SyaratTidak berkaitan.