Job Description (JD)
Nama Program | Pengurusan Operasi dan Penyelenggaraan Rangkaian Paip Pembetungan [E370-003-5:2022] |
---|---|
Kod CU | E370-003-5:2022-C05 |
Competency | Core |
Tajuk CU | URUS PENGLIBATAN PEMEGANG TARUH (STAKEHOLDER) RANGKAIAN PAIP PEMBETUNGAN |
Penerangan CU | Urus penglibatan pemegang taruh (Stakeholder) rangkaian paip pembetungan menerangkan kompetensi mengurus dan merancang penglibatan pemegang taruh dalam aktiviti syarikat. Aktiviti ini penting dalam memenuhi keperluan kerjasama strategik syarikat. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh selaraskan perhubungan dengan pihak terlibat rangkaian paip pembetungan, laksanakan penyelarasan aktiviti dengan pihak terlibat rangkaian paip pembetungan dan nilaikan keberkesanan kerjasama/ program dengan pihak terlibat rangkaian paip pembetungan. Hasilan CU ini adalah program penglibatan pemegang taruh dalam aktiviti syarikat yang berkesan dan dapat meningkatkan hubungan kerjasama strategik berdasarkan prosedur dan polisi operasi syarikat. |
Tempoh Latihan | - |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih bolah merancang dan mengurus program penglibatan pemegang taruh dalam aktiviti syarikat dengan sistematik dan berkesan. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Selaraskan perhubungan dengan pihak terlibat rangkaian paip pembetungan. 2. Laksanakan penyelarasan aktiviti dengan pihak terlibat rangkaian paip pembetungan. 3. Nilaikan keberkesanan kerjasama/ program dengan pihak terlibat rangkaian paip pembetungan. |
Pra-Syarat | Tidak berkaitan. |