JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengurusan Operasi dan Penyelenggaraan Rangkaian Paip Pembetungan [E370-003-5:2022]
Kod CUE370-003-5:2022-C06
CompetencyCore
Tajuk CUURUS RISIKO OPERASI DAN PENYELENGGARAAN RANGKAIAN PAIP PEMBETUNGAN
Penerangan CUUrus risiko operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan menerangkan kompetensi dalam merancang dan memantau pengurusan risiko semasa pelaksanaan operasi serta kaedah penyelesaian yang berkesan melibatkan aktiviti sistem rangkaian paip pembetungan. Ini penting untuk mengurangkan kesan negatif, sama ada untuk jangka pendek atau panjang, yang perlu ditanggung oleh syarikat.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh analisis faktor dan punca risiko operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan, laksanakan pengurusan risiko operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan dan sediakan laporan pengurusan risiko operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan.

Hasilan CU ini adalah risiko kemalangan dan kerugian dalam pengurusan operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan berada dalam tahap minimum mengikut sasaran prestasi pengurusan risiko sesebuah syarikat.
Tempoh Latihan-
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih boleh merancang dan memantau pengurusan risiko semasa pelaksanaan operasi serta kaedah penyelesaian yang berkesan melibatkan aktiviti sistem rangkaian paip pembetungan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Analisis faktor dan punca risiko operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan.
2. Laksanakan pengurusan risiko operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan.
3. Sediakan laporan pengurusan risiko operasi dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan.
Pra-SyaratTidak berkaitan.