Job Description (JD)
Nama Program | OPERASI PERIKANAN TANGKAPAN [A031-002-3:2022] |
---|---|
Kod CU | A031-002-3:2022-C07 |
Competency | Core |
Tajuk CU | Laksana penyelenggaraan peralatan vesel perikanan tangkapan |
Penerangan CU | Laksana penyelenggaraan peralatan vesel perikanan tangkapan adalah kompetensi yang berkaitan dengan penyelarasan dan pelaksanaan kerja menyelenggara dan membaikpulih peralatan serta vesel tangkapan perikanan bagi memastikan peralatan tersebut sentiasa dalam keadaan baik dan boleh beroperasi dengan efisien. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh aturkan keperluan servis penyelenggaraan dan pembaikan vesel perikanan tangkapan, selenggara peralatan elektronik perikanan tangkapan, selenggara peralatan dek vesel perikanan tangkapan, selenggara enjin utama, generator dan enjin sangkut vesel perikanan tangkapan dan selenggara vesel perikanan tangkapan. |
Tempoh Latihan | 360 |
Objektif Pembelajaran | Hasilan CU ini adalah perantis berkemahiran dalam menyusun, melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan peralatan dan vesel mengikut kaedah yang ditentukan atau merujuk ke buku panduan serta mematuhi peraturan dan prosedur syarikat, badan berkanun dan pihak berkuasa. |
Pra-Syarat | Tidak berkaitan |