Job Description (JD)
Nama Program | OPERASI PENGELUARAN PADI [A011-002-2:2022] |
---|---|
Kod CU | A011-002-2:2022-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | LAKSANA PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR SAWAH PADI |
Penerangan CU | Laksana penyelenggaraan infrastruktur sawah padi menerangkan keterampilan di dalam melaksanakan aktiviti penyelengaraan infrastruktur sawah padi yang perlu dijalankan bagi memastikan operasi pengeluaran padi dapat dilaksanakan dengan cekap. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh selenggara sistem pengairan dan saliran sawah padi, selenggara jalan pertanian sawah padi dan selenggara sistem pam air sawah padi. Hasilan CU ini adalah infrastruktur sawah padi berfungsi dengan baik berdasarkan kepada Prosedur Operasi Standard sawah yang ditetapkan dan keperluan Amalan Pertanian Baik. |
Tempoh Latihan | 104 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah untuk memastikan pelatih terampil di dalam menyediakan infrastruktur sawah padi yang berfungsi dengan baik berdasarkan kepada Prosedur Operasi Standard sawah yang ditetapkan dan keperluan Amalan Pertanian Baik. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Selenggara sistem pengairan dan saliran sawah padi. 2. Selenggara jalan pertanian sawah padi. 3. Selenggara sistem pam air sawah padi. |
Pra-Syarat | Not available. |