Job Description (JD)
Nama Program | OPERASI AKUAKULTUR AIR TAWAR [A032-006-2:2022] |
---|---|
Kod CU | A032-006-2:2022-C04 |
Competency | Core |
Tajuk CU | KAWAL KUALITI AIR AKUAKULTUR AIR TAWAR |
Penerangan CU | Kawal kualiti air akuakultur air tawar menerangkan keterampilan dalam penjagaan kualiti air kolam ternakan bagi memastikan ternakan air tawar membesar dengan sihat mengikut Amalan Akuakultur Baik. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh periksa sampel air akuakultur air tawar, lakukan persediaan tindakan pemulihan kualiti air akuakultur air tawar dan lakukan tindakan pemulihan kualiti air akuakultur air tawar. Hasilan CU ini adalah kualiti air sentiasa memenuhi keperluan parameter normal air untuk ternakan air tawar. |
Tempoh Latihan | 104 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah kualiti air sentiasa memenuhi keperluan parameter normal air untuk ternakan air tawar. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Periksa sampel air akuakultur air tawar. 2. Lakukan persediaan tindakan pemulihan kualiti air akuakultur air tawar. 3. Lakukan tindakan pemulihan kualiti air akuakultur air tawar. |
Pra-Syarat | Not available. |