Job Description (JD)
Nama Program | OPERASI LADANG POLTRI [A014-006-3:2022] |
---|---|
Kod CU | A01-006-3:2022-C10 |
Competency | Core |
Tajuk CU | LAKSANA PENGURUSAN KESIHATAN POLTRI |
Penerangan CU | Laksana pengurusan kesihatan poltri menerangkan aktiviti pengurusan kesihatan poltri mengikut piawaian dengan merujuk kepada Prosedur Pengendalian Standard (SOP) dan arahan pihak pengurusan. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh kenal pasti gejala penyakit poltri, lakukan rawatan penyakit poltri, lakukan penakaian dan pelupusan poltri, lakukan vaksinasi poltri dan lakukan persampelan rutin poltri. Hasilan CU ini adalah poltri berada dalam keadaan sihat, kurang kadar kematian dan akhirnya memperoleh hasil pengeluaran yang berkualiti, kuantiti yang maksimum pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan. |
Tempoh Latihan | 240 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah dapat memastikan poltri berada dalam keadaan sihat, kurang kadar kematian dan akhirnya memperoleh hasil pengeluaran yang berkualiti, kuantiti yang maksimum pada harga pasaran yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Kenal pasti gejala penyakit poltri. 2. Lakukan rawatan penyakit poltri. 3. Lakukan penakaian dan pelupusan poltri. 4. Lakukan vaksinasi poltri. 5. Lakukan persampelan rutin poltri. |
Pra-Syarat | TIADA |