Job Description (JD)
Nama Program | PENTADBIRAN MASJID [O841-003-4:2022] |
---|---|
Kod CU | O841-003-4:2022-C08 |
Competency | Core |
Tajuk CU | LAKSANA PENGAJARAN AL-QURAN DAN TAJWID |
Penerangan CU | Laksana pengajaran al-Quran dan tajwid menerangkan tentang aktiviti pengajaran untuk menguasai ilmu tajwid mengikut panduan yang telah ditetapkan. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh jalankan sesi pengajaran ilmu tajwid, jalankan sesi pengajaran makhraj dan sifat huruf, jalankan sesi pengajaran hukum nun Sakinah, tanwin dan mim Sakinah, jalankan sesi pengajaran hukum mad, jalankan sesi pengajaran tafkhim dan tarqiq, jalankan sesi pengajaran hukum idgham, jalankan sesi pengajaran wakaf dan ibtida’ dan jalankan sesi bacaan khusus riwayat hafs ‘an asim’. Hasilan CU ini adalah ilmu tajwid al-quran dapat dikuasai dengan baik mengikut panduan pengajaran ilmu tajwid yang ditetapkan. |
Tempoh Latihan | 60 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah ilmu tajwid al-quran dapat dikuasai dengan baik mengikut panduan pengajaran ilmu tajwid yang ditetapkan. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Jalankan sesi pengajaran pengenalan ilmu tajwid. 2. Jalankan sesi pengajaran makhraj dan sifat huruf. 3. Jalankan sesi pengajaran hukum nun sakinah, tanwin dan mim sakinah. 4. Jalankan sesi pengajaran hukum mad. 5. Jalankan sesi pengajaran tafkhim dan tarqiq. 6. Jalankan sesi pengajaran hukum idgham. 7. Jalankan sesi pengajaran kaedah wakaf dan ibtida’. 8. Jalankan sesi pengajaran bacaan khusus riwayat Hafs ‘an Asim’ |
Pra-Syarat | Tiada |