Job Description (JD)
Nama Program | PENYELARASAN OPERASI MASJID [O841-003-2:2022] |
---|---|
Kod CU | O841-003-2:2022-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | KENDALI PEMBERSIHAN FASILITI MASJID |
Penerangan CU | Kendali pembersihan fasiliti masjid menerangkan kompetensi berkait rapat dengan kebersihan dan kesucian dari najis atau hadas. Ianya merangkumi kebersihan fasiliti masjid yang paling penting dan tidak boleh dipandang ringan. Pembersihan fasiliti ini merujuk kepada keseluruhan ruang dalaman dan luaran masjid serta bilik-bilik khusus bagi memastikan ianya sentiasa menepati piawaian dan garis panduan yang ditetapkan. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh laksana pembersihan dalaman masjid, laksana pembersihan luaran masjid, laksana pembersihan ruang hamam, laksana pembersihan ruang makan masjid dan laksana pembersihan bilik khusus masjid. Hasilan CU ini adalah pembersihan fasiliti masjid dilaksanakan dengan baik dan teratur berdasarkan prosedur operasi standard masjid. |
Tempoh Latihan | 104 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih boleh melaksanakan tugas berkaitan pembersihan fasiliti masjid dan memantau petugas am yang menjalankan kerja-kerja pembersihan. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Laksana pembersihan dalaman masjid. 2. Laksana pembersihan luaran masjid. 3. Laksana pembersihan ruang hamam. 4. Laksana pembersihan ruang makan masjid. 5. Laksana pembersihan bilik khusus masjid. |
Pra-Syarat | Tiada |