JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENYELARASAN OPERASI MASJID [O841-003-2:2022]
Kod CUO841-003-2:2022-C02
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA PROGRAM MASJID
Penerangan CULaksana program masjid menerangkan kompetensi tentang pelaksanaan program berkaitan keagamaan, aktiviti komuniti setempat, kemahiran dan sebagainya yang boleh dijalankan di dalam masjid bagi tujuan menggalakkan masyarakat khususnya ahli kariah untuk mendekati masjid.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh libat urus perancangan program, sedia peralatan program, selaras kedudukan jemputan masjid, pantau aktiviti program masjid dan lapor maklumat pasca program masjid.

Hasilan CU ini adalah program masjid dilaksanakan dengan baik dan sistematik berdasarkan standard prosedur operasi masjid.
Tempoh Latihan26
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih boleh menjalankan tugas-tugas berkaitan pelaksanaan program dan aktiviti di masjid.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Libat urus perancangan program.
2. Sedia peralatan program.
3. Selaras kedudukan jemputan masjid.
4. Pantau aktiviti program masjid.
5. Lapor maklumat pasca program masjid.
Pra-SyaratTiada