JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENYELARASAN OPERASI MASJID [O841-003-2:2022]
Kod CUO841-003-2:2022-C03
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA AKTIVITI PENGINDAHAN DAN KECERIAAN MASJID
Penerangan CULaksana aktiviti pengindahan dan keceriaan masjid menerangkan kompetensi berkaitan dengan pengindahan dan keceriaan masjid khususnya sebagai pusat komuniti setempat yang mempunyai prasarana lengkap, persekitaran indah dan selesa bagi orang awam dan ahli kariah berkumpul.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh kenal pasti keperluan pengindahan dan keceriaan masjid, selenggara aset pengindahan dan keceriaan masjid, periksa tanaman lanskap masjid, rekod aset pengindahan dan keceriaan masjid dan rekod aktiviti pengindahan dan keceriaan masjid.

Hasilan CU ini adalah aktiviti pengindahan dan keceriaan masjid dijalankan dengan baik dan teratur berdasarkan prosedur operasi standard masjid.
Tempoh Latihan104
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih boleh melaksanakan aktiviti pengindahan dan keceriaan masjid.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Kenal pasti keperluan pengindahan dan keceriaan masjid.
2. Selenggara aset pengindahan dan keceriaan masjid.
3. Periksa tanaman landskap masjid.
4. Rekod aset pengindahan dan keceriaan masjid.
5. Rekod aktiviti pengindahan dan keceriaan masjid.
Pra-SyaratTiada