Job Description (JD)
Nama Program | PENYELARASAN OPERASI MASJID [O841-003-2:2022] |
---|---|
Kod CU | O841-003-2:2022-C04 |
Competency | Core |
Tajuk CU | SELENGGARA PERALATAN DAN KEMUDAHAN MASJID |
Penerangan CU | Selenggara peralatan dan kemudahan masjid menerangkan kompetensi aktiviti penyelenggaraan kecil peralatan termasuk perkakasan dan utiliti masjid. Kerja-kerja penyelenggaraan kecil ini termasuklah penyelenggaraan berkala dan harian bagi mengelakkan kerosakan besar yang memerlukan kepakaran tenaga mahir. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh laksana penyelenggaraan peralatan masjid, laksana penyelenggaraan utiliti masjid dan sedia laporan aktiviti penyelenggaraan masjid. Hasilan CU ini adalah penyelenggaraan peralatan dan kemudahan masjid dilaksanakan dengan baik dan teratur mengikut prosedur operasi standard masjid. |
Tempoh Latihan | 78 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih boleh melaksanakan tugas-tugas penyelenggaraan kecil peralatan dan utiliti masjid. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Laksana penyelenggaraan peralatan masjid. 2. Laksana penyelenggaraan utiliti masjid. 3. Sedia laporan aktiviti penyelenggaraan masjid. |
Pra-Syarat | Tiada |