Job Description (JD)
Nama Program | PENYELARASAN OPERASI MASJID [O841-003-2:2022] |
---|---|
Kod CU | O841-003-2:2022-C07 |
Competency | Core |
Tajuk CU | LAKSANA BACAAN SURAH – AN-NABA’ (78) – AL-INSHIQAQ (84) |
Penerangan CU | Laksana bacaan surah – An-Naba’ (78) – Al-Inshiqaq (84) menerangkan kompetensi berkaitan aktiviti memperelokkan bacaan surah-surah muffasal dalam juzuk amma bagi memantapkan kualiti bacaan Al-Quran. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh buat aktiviti tahsin surah An-Naba’, An-Naziat, Abasa, At-Takwir, Al-Infitar, Al-Mutaffifin dan Al-Inshiqaq. Hasilan CU ini adalah bacaan surah-surah lazim dari surah An-Naba hingga Al-Inshiqaq dibacakan dengan bertajwid, tepat hukum dengan makhraj dan sifat huruf yang lancar, fasih serta tartil. |
Tempoh Latihan | 52 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih dapat melaksanakan aktiviti berkaitan bacaan Al-Quran. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Buat aktiviti tahsin surah An-Naba’. 2. Buat aktiviti tahsin surah An-Naziat. 3. Buat aktiviti tahsin surah Abasa. 4. Buat aktiviti tahsin surah At-Takwir. 5. Buat aktiviti tahsin surah Al-Infitar . 6. Buat aktiviti tahsin surah Al-Mutaffifin. 7. Buat aktiviti tahsin surah Al-Inshiqaq. |
Pra-Syarat | Tiada |