JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENYELIAAN OPERASI MASJID [O841-003-3:2022]
Kod CUO841-003-3:2022-C03
CompetencyCore
Tajuk CULAKSANA PROGRAM ASAS FARDU ‘AIN
Penerangan CULaksana program asas Fardu ‘Ain menerangkan kompetensi berkaitan ilmu fiqh yang merangkumi keseluruhan konteks kehidupan seorang muslim.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh kendali program asas ilmu tauhid, kendali program asas ilmu fiqh taharah, kendali program asas ilmu fiqh ibadah (solat), kendali program asas ilmu fiqh ibadah (wanita), kendali program ilmu fiqh sembelihan dan kendali program asas ilmu tasawuf dan akhlak.

Hasilan CU ini adalah program fardu ‘ain dijalankan dengan baik dan teratur mengikut prosedur operasi standard masjid.
Tempoh Latihan80
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih melaksanakan program fardu ‘ain dengan baik dan teratur mengikut prosedur operasi standard masjid.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Kendali program asas ilmu tauhid.
2. Kendali program asas ilmu fiqh taharah.
3. Kendali program asas ilmu fiqh ibadah (solat).
4. Kendali program asas ilmu fiqh ibadah (wanita).
5. Kendali program ilmu fiqh sembelihan.
6. Kendali program asas ilmu tasawuf dan akhlak.
Pra-SyaratTiada