JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENYELIAAN OPERASI MASJID [O841-003-3:2022]
Kod CUO841-003-3:2022-C04
CompetencyCore
Tajuk CUKENDALI PENGURUSAN JENAZAH
Penerangan CUKendali pengurusan jenazah menerangkan kompetensi dalam menguruskan jenazah daripada awal proses penerimaan mayat hingga ke urusan pengebumian diselesaikan.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh laksana tugas urusan kematian, laksana tugas mandikan mayat, laksana tugas kafankan mayat, laksanakan urusan solat jenazah dan laksana urusan pengebumian jenazah.

Hasilan CU ini adalah pengurusan jenazah dilakukan dengan baik dan teratur mengikut prosedur pengurusan jenazah.
Tempoh Latihan120
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih melakukan pengurusan jenazah yang bersistematik, mengikut tertib dan prosedur pengurusan jenazah.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Laksana tugas urusan kematian.
2. Laksana tugas mandikan mayat.
3. Laksana tugas kafankan mayat.
4. Laksana urusan solat jenazah.
5. Laksana urusan pengebumian jenazah.
Pra-SyaratTiada