Job Description (JD)
Nama Program | PENYELIAAN OPERASI MASJID [O841-003-3:2022] |
---|---|
Kod CU | O841-003-3:2022-C05 |
Competency | Core |
Tajuk CU | LAKSANA TUGAS PENGENDALIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT |
Penerangan CU | Laksana tugas pengendalian teknologi maklumat menerangkan tentang kompetensi mengendali peralatan teknologi komunikasi interaktif, sistem audio visual dan pembinaan sistem perfailan serta dokumen-dokumen menggunakan perisian komputer untuk kegunaan operasi dakwah, kuliah serta aktiviti berkaitan dalam masjid yang dilaksanakan secara atas talian dan sebagainya. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh kendali peralatan teknologi komunikasi dan sistem audio visual, kendali sistem e-filing masjid, buat pangkalan data ahli kariah serta buat slaid pembentangan dan hamparan dokumen. Hasilan CU ini adalah aktiviti penyelenggaraan peralatan teknologi komunikasi interaktif (ICT) dan sistem audio visual yang memerlukan penggunaan aplikasi perisian serta peralatan audio visual supaya tugasan harian dapat dilakukan dengan baik bagi memastikan kelancaran operasi berdasarkan prosedur operasi standard masjid. |
Tempoh Latihan | 80 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih melaksanakan aktiviti penyelenggaraan peralatan teknologi komunikasi interaktif (ICT) dan AV yang memerlukan penggunaan aplikasi perisian serta peralatan audio visual dengan baik. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Kendali peralatan teknologi komunikasi dan sistem audio visual. 2. Bina sistem e-filing masjid. 3. Buat pangkalan data ahli kariah. 4. Bina slaid pembentangan dan hamparan dokumen. |
Pra-Syarat | Tiada |