Job Description (JD)
Nama Program | PENYELIAAN OPERASI MASJID [O841-003-3:2022] |
---|---|
Kod CU | O841-003-3:2022-C06 |
Competency | Core |
Tajuk CU | LAKSANA PENGIMARAHAN MASJID |
Penerangan CU | Laksana pengimarahan masjid menerangkan kompetensi berkaitan aktiviti pengimarahan masjid sebagai pusat komuniti setempat yang menjalankan pelbagai program keagamaan, kemahiran, pembangunan modal insan, ekonomi termasuk yang berkaitan dengan masyarakat setempat. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh pimpin solat fardu, ketuai bacaan yassin, tahlil dan doa, selaras kumpulan marhaban dan berzanji, kendali tadarus Al-Quran dan selaras program masjid. Hasilan CU ini adalah program pengimarahan masjid dapat dilaksanakan dengan baik, bersistematik dan mengikut perancangan berpandukan prosedur operasi standard masjid. |
Tempoh Latihan | 120 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih boleh melaksanakan tugasan berkaitan pengimarahan masjid mengikut prosedur operasi standard. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Pimpin solat fardu. 2. Ketuai bacaan surah Yassin, tahlil dan doa. 3. Selaras kumpulan marhaban dan barzanji. 4. Kendali tadarus Al-Quran. 5. Selaras program anjuran masjid. |
Pra-Syarat | Tiada |